Tuesday, May 12, 2015

Sepotong kek di pasar malam - Finale

aku menoleh ke arah dia, dari jauh aku nampak dia sedang buat satu gaya isyarat yang aku kurang paham namun aku usahakn juga tuk faham. dari gaya isyarat tangan yang dia berikan aku dapat rasa ia adalah nombor. ya! aku kembali senyum terus aku seluk poket dan keluarkan handfon.terus aku catat satu satu gaya nomboryang dia cuba sampaikan. orang lain yang nampak tingkah laku beliau mesti akan rasa pelik namun dia tetap juga meneruskan tindakan dia tu sehingga selesai. bila sampai ke nombor yg terakhir dia membuat isyarat supaya call dia. time tu aku mcm terkejut juga tapi aku hanya senyum dan save nombor dia dalm phone aku. tanpa menunggu aku terus misscall! haha itu je yang aku berani buat masa tuh. nak brcakap melalui phone masih tak yakin. tapi aku mulakan langkah dengan menhantar khidmat pesanan ringkas atau sms tanda aku dah save nombor dia. ia juga adalah langkah pertama aku tuk aku kenal lebih dekat dgn dia.

"hi! saya dah save nombor awak! terima kasih."

itu sms pertama yang aku hantar. tipu lah kalau tak mengharapkan balasan. aku buat buat cool dengan hanya senyum je dekat dia dari jauh. acah acah macam tak harap dia balas. buat buat bz kerja.

"hai! saya pun dah save nombor awak.terima kasih belanja burger. :) "

sms balasan dari dia memang buat aku jadi tak keruan. happy tahap rasa nak melompat sambil menjerit kat situ jugak! ayim yg duduk sebelah aku pun perasan yang aku tersenyum sorang. aku ambil tindakan tak reply sms dia sebab aku nak ajak dia sembang nanti mlm bila dah balik dari niaga. so selepas selesai sesi niaga malam tu ketika dalam perjalanan pulang aku memulakan langkah tuk sms dia semula.mungkin ni masa yg sesuai tuk memulakan bicara.

"salam, dah sampai rumah?"

aku mulakan bicara melalui sms dan ia berterusan sehingga jam 2 pagi. dan sejak hari itu ia menjadi semakin rapat dan terus rapat. siapa sangka sorang gadis bernama fauzura duduk di salak tinggi dan usia kurang setahun dari aku ni telah membuatkan aku rasa cukup bahagia malam tu.

namun..

tak semua yang kita idamkn indah belaka. masih awal nak sembang pasal jodoh time tu tapi segala kegembiraan yg dikecapi time bersama tetapp akan jadi kenangan. istilah cinta monyet pun masih samar kalau nak dibandingkan dengan apa yang telah dilalui. moga ia terus jadi pengajaran kepada yang lain. 

No comments: