Monday, January 12, 2015

matilah kau!

"kalaulah aku diberi peluang tuk betulkan apa yg aku telah buat.. 

aku nak pastikan aku belajar betul betul time spm dan dapat result sebaik mungkin. pada mula aku tak rasa sgt effect kegagalan dalam spm tu tapi bila dah bekerja pada umur yg hampir nak masuk 30 ni. aku rasa fakup sangat! 

ramai org kata tanpa pendidikan yg tinggi pun kita masih mampu hidup senang tapi kesenangan itu takkan dtg dengan mudah. semudah jika kau berkelulusan baik. 

aku harap apa yang terjadi kat aku sekarang ni akan buat aku lebih tabah tuk mengharungi segala dugaan yg mendatang. dugaan demi dugaan itu adalah untuk mematangkan diri kita.." 
"This is how u remind me?"

Sunday, January 11, 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Salam,
selepas hampir 3 tahun aku tinggalkan dunia blog ni. tetiba aku terpikir tuk kembalikan zaman aku bersama blog ni. mungkin sebab dah tiada ruang tuk aku menelempiaskan segala nafsu amarah dan emosi aku.setelah dipikirkan beberapa kali, disini adalah tempat yang amat sesuai sekali kerana tiada sesiapa yang tahu akan kewujudan blog ini.so apa kata sebagai permulaan 2015 ni aku mulakan dengan aktifkan semula blog yg telah berusia hampir 10 tahun ni.

nasib menyebelahi aku kerna masih mengingati emel dan password yang aku gunakan untuk blog ni. tak susah sebenarnya kerana emel dan password aku masih kekal yang sama sampai sekarang.

mari kita mulakan dengan bercerita akan keadaan dan situasi aku sekarang. alhamdulillah masuk tahun 2015 aku masih hidup dan perjalanan hidup masih bergerak walaupun banyak halangan dan liku liku yang perlu dihadapi tapi sehingga ke saat ini aku masih mampu tuk hadapi.bulan febrauri 2015 genaplah usia perkahwinan aku 3 tahun. walaupun tempoh 3 tahun tu masih dianggap baru namun aku bersyukur dianugerahkan seorang isteri yang sanggup susah senang dengan aku. 


tak lupa juga anugerah allah yang tidak terhingga seorang anak lelaki yang cukup tuk buat keluarga aku sempurna dimata aku. bakal berusia 2 tahun bulan mei ni, beliau cukup lincah disaat usia dimana beliau bersedia tuk menerokai dunia yg luas ini. diberi nama Sharnadz Azandrie bersempena gabungan nama aku dan wife dan juga family aku.kehadiran sikenit ni mmg betul betul menceriakan hidup kami berdua.malah turut menceriakan kehidupan kedua2 dua belah family aku dan mertua sebab sharnadz adalah cucu pertama tuk kedua dua belah family.
alhamdulillah juga kini aku bukan lagi menetap di kotaraya kuala lumpur. selepas berkahwin kami buat keputusan tuk menetap di bandar kecil yg tenang lagi sejuk iaitu bandar ipoh. bila wife dpt posting tmpt kerja di hospital di ipoh terus buat keputusan tuk pindah. bandar ipoh takde lah jauh mana pun dari KL so tak jadi masalah tuk menetap disini. cuma kalau nak balik johor mmg akan jadi masalah sikit la sebab jauh. so takleh nak balik johor kerap sangatlah.kehidupan di ipoh amatlah menenangkan. sgt2 berbeza di KL. bandar yg tenang,kurang kesesakan jalanraya. kurangnya aktiviti malam disini. dan yang paling best bandar ipoh mmg sejuk. kalau tak percaya korg boleh try stay sini  2 3 ari and korg rasa sendiri.

cuma yang jadi masalah sikit di sini adalah mencari kerja yang sesuai tuk aku.sebelum ni aku bekerja di perbadanan perpustakaan negeri selangor yg diuruskan oleh kerajaan negeri so bila aku buat keputusan tuk berhenti aku mgharapkan aku dapat cari kerja yang sesuai dgn pengalaman aku. strugle jugak aku nak dptkan kerja memula disini. nak harap dapat kerja gomen mmg susahla. so aku cari jela kerja yang ada kaitan sikit2 dengan latar belakang kerja aku.alhamdulillah aku dpt kerja dengan sebuah company yg menjadi 3rd partly tuk jual produk astro.kalau korg selalu dapat panggilan dari astro yg suruh tuka ke beyond ke tuka pvr ke tu semua kerja company aku la.dekat setahun jugak aku ekrja kat situ. memula ok je lelama dah mula buat hal dah. biasalah kerja company kecik owner company mesti nak untung besar je tak pikir kebajikan pekerja. aku buat keputusan tuk berhenti lepas aku dpt tahu company aku tak bayar EPF aku tetiap bulan. potongan buat setiap kali gaji tapi tak de bayaran ke epf. lepas berhenti dari kerja tu aku menganggur jugak dlm sebulan 2. nasib time tu raya so aku cuti sambil beraya lah. balik johor dekat 2 minggu pastu balik Semenyih pun seminggu lebih. pas setel raya balik ipoh baru cari kerja lain. dan lagi sekali alhamdulillah atas bantuan seorang kawan aku dapat kerja gomen di majlis agama islam negeri perak. 

haaa.. percaya tak? 

ye! majlis agama. keje kene pakai songkok tau!

tapi aku tahu keje gomen ni mesti banyak birokrasi yang aku kena hadapi. selesai aku bekerja selama setahun di majlis agama tu abis sudah kontrak. nak harap dapat sambung mmg payahla lelagi aku bukan anak jati perak. so kembali mencari kerja lain. tapi kali ni berbeza kerna aku ada beberapa kenalan yang dah ofer aku kerja. soa khirnya aku berkerja dgn slaah sorg kawan yang aku neal melalui liverpool. die ofer aku kerja sbg projek manager dia dimana aku kena jaga proet site di di perak. alhamdulillah dah masuk 3 bulan aku kerja dgn dia sekarang. harap2 ia berkekalan lama lah hendaknya.

amin..