Showing posts with label ISLAM. Show all posts
Showing posts with label ISLAM. Show all posts

Monday, April 4, 2011

Woi Tengok Bola Pun Sibuk Nak Solat!










Budak-budak Syiah Iran ini memang sesat. Sebelum menonton perlawanan bola pun mereka sibuk nak bersolat. Tak faham betul perangai Syiah Iran ini, takkanlah mereka sebegini sekali menghayati agama. Dah merepek dah ni. Tak hairanlah mereka difatwakan sesat di sini. Moga-moga peminat dan kutu bola kita tidak mencontohi mereka.

* Pasukan bola Esteghlal menumpaskan saingannya Persepolis 1-0 dalam Iran Professional League (IPL) di hadapan 65 000 peminat bola di Stadium Azadi.

Friday, April 1, 2011

Asal Usul Songkok


Tahukah anda songkok berasal dari mana? Songkok berasal dari Parsi (Iran). Satu masa dahulu songkok melambangkan keparsian (justeru, kesyiahan). Inilah cara-cara 'songkok Parsi' dibuat.

























Hari ini songkok sebagai budaya Parsi telah menyerap dan sebati sebagai budaya Melayu. Masyarakat Parsi sendiri telah meninggalkan budaya bersongkok. Songkok dalam kalangan kita menjadi lambang kehormatan.



Lihat sahaja artis, ustaz malah bintang Bollywood turut tidak kekok bersongkok. Tuan, tuan suka bersongkok?

Saturday, February 26, 2011

OPICK




sila muat turun disini..


OPICK - YA RAHMAN (2007)


sila muat turun disini..

OPICK - DIBAWAH LANGAITMU (2009)
sila muat turun disini..

Friday, August 6, 2010

masjid sunni di Iran?

Di bawah adalah foto-foto perasmian Masjid Jami' Bandar Abbas, Harmazegan. Ini adalah masjid Ahlusunnah wal Jamaah di Iran Perasmian pada 31 Khordad 1387 Shamsiyah ini dilakukan oleh Syaikh Sayed Abdul Ba'is Qattali, pemimpin sunni di Bandar Abbas dan wakil Ayatullah al Uzma Ali Khamenei iaitu Ayatullah Na'im Abadi.







Ulama di atas ini ialah Syaikh Abdul Wahab Dzaiyyayi, seorang ulama sunni di Iran yang berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Madinah.

sumber

pandangan dari dalam

"Hubungan antara Sunni-Syiah sepatutnya tiada masalah kerana kedua-dua puak bertuhankan Allah dan mengaku Muhammad sebagai Rasul dan Nabi yang terakhir. Cuma beberapa penafsiran dan fatwa oleh Syiah tidak boleh diguna-pakai oleh masyarakat Islam Malaysia kerana umat Islam Malaysia sudah amat selesa dengan pendekatan Sunni dan mungkin juga akan ada "abuse" oleh beberapa golongan yang "pandai" menggunakan agama sebagai alasan untuk melepaskan diri."

Friday, July 30, 2010

Dia tetap Tokoh!




"Saya remaja yang agak awal meletakkan sikap. Masalah remaja kini ialah mereka tidak bersikap. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka tidak bersikap dalam hal kemasukan budaya asing, sebagai contoh. Mereka tidak bersikap dalam hal politik negara yang iklimnya tidak menentu kebelakangan ini. Mereka tidak bersikap dalam hal agama yang menuntut kita menerobos masuk wilayah sempit untuk tiba ke samudera yang lebih luas lagi. Mereka tidak bersikap apa-apa pun. Mereka hanya melulu. Bukan meletakkan sikap pada sesuatu isu. Oleh sebab terburu-buru itulah mereka masuk ke jaringan yang rancu. Tanpa sikap, kita tidak dapat menentukan situasi diri kita. Untuk bersikap, seseorang perlu menggali jati dirinya kembali. Hanya dengan bersikap, remaja dapat mengenal letakan dirinya, sama ada di tengah hedonisme melanda ataupun di tengah gelodak pluralisme menduga." - Faisal Tehrani, Dewan Siswa April 2010.

Latar belakang

Beliau dilahirkan pada 7 Ogos 1974 di Hospital Kuala Lumpur sebelum berpindah ke Melaka ketika berusia 5 tahun.

Pendidikan

Mohd Faizal Musa mulai bersekolah di Sekolah Sacred Heart Melaka, kemudian di Sekolah Rendah Jalan Dato' Palembang. Dalam peperiksaan Penilaian beliau berjaya mendapat 5A. Faisal kemudiannya menyambung pengajiannya di Sekolah Menengah Sultan Muhammad sehingga Tingkatan Tiga dan berjaya mendapat keputusan SRP yang cemerlang. Sehubung dengan itu, beliau melanjutkan pembelajarannya di Kolej Islam Kelang (Kolej Islam Sultan Alam Shah). Faisal sering menulis pengalaman remajanya secara bersisi dalam majalah Fokus SPM.

Faisal seterusnya memasuki Akademi Islam Nilam Puri Kelantan sebelum meneruskan pengajian sehingga memperolehi ijazah Sarjana Muda Syariah Politik dari Universiti Malaya, dan kemudiannya sebagai fellow di Universiti Sains Malaysia. Beliau meneruskan pengajian peringkat Sarjana (MA) dalam jurusan Kesusasteraan dan kini melanjutkan pelajaran dalam kedoktoran (PhD) pula di UKM.

Giat menulis

Faisal mendapat tunjuk ajar dari Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said, Sasterawan Negara Dato Shahnon Ahmad, pemenang SEA Write Award Zaharah Nawawi dan Sutung Umar RS dalam bidang puisi. Keluarga beliau turut memiliki hubungan rapat dengan SN Dato Shahnon. Faisal pernah mewakili Malaysia ke Program Penataran Sastera anjuran Majlis Sastera Asia Tenggara di Jakarta dan Bogor pada tahun 1999, bersama Mawar Shafie, Hizairi Othman, Jasni Matlani.

Beliau mula menulis secara serious pada 1992, dengan cerpen pertamanya dengan judul Anastasia yang tersiar di majalah Muslimah . Faisal semakin dikenali dikhalayak sastera pada tahun 1994 apabila beliau memenangi Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Public Bank 1994 melalui cerpen Anak dan cerpen Opah . Pada tahun yang sama beliau menggondol Hadiah Sastera Siswa DBP-Bank Rakyat (kini sudah tiada), menerusi cerpen Malam Ini Philadelphia Menangis.

Kejayaan ini diikuti pada tahun 1995 apabila beliau memenangi sekali Hadiah Sastera Utusan dengan cerpen Pemberontakan Kedua. Tahun 1996 Faisal dikurniai rezeki yang murah dengan memenangi Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Public Bank dengan cerpen Perempuan Anggerik dan cerpen Api KL Belum Terpadam, Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran BAHEIS kelapan dengan cerpen Menanti Subuh. Dalam tahun 1997, cerpen Surat Untuk Gabe 1 memenangi Hadiah Sastera Karya.

Faisal seterusnya memenangi Hadiah Sastera Utusan Malaysia pada tahun 1998 (dengan cerpen Cinta Gendang Kasturi), 1999 (cerpen Bulan dan Wira dan puisi Sesudah Hujan Dahlia) dan dalam tahun 2000 dengan cerpen Irisan-irisan Mimpi dan Syahid Raja Api. Faisal juga memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 96/97 dengan cerpen Perempuan Anggerik. Cerpen beliau ini diterjemahkan ke bahasa Thai, Inggeris dan Jepun serta diadaptasi ke dramatari oleh kareografer terkenal Adikara Dance Theatre, Jasni Abdul Hamid pada 29 Julai 2001. Dalam tahun 2001 juga Faisal memenangi Hadiah Sastera Berunsur Islam dengan cerpen Cahaya Pada Jiwa. Salah sebuah cerpen Faisal iaitu Kerana Manisnya Epal terkandung dalam komponen sastera dalam subjek Bahasa Melayu bagi Tingkatan Empat. Dua kumpulan cerpen mini beliau diterbitkan di Sasbadi dengan judul Sehari Dalam Perang (1997) dan Safari Gilgit (1997). Beliau pernah berganding dengan Azman Husin dalam tahun 2000 untuk menerbitkan Kumpulan Cerpen Underground secara "berduet".

Penulisan

  • Cerpen Anastasia (1992)
  • Cerpen Anak (1994)
  • Cerpen Opah(1994)
  • Cerpen Malam Ini Philadelphia Menangis (1994)
  • Cerpen Pemberontakan Kedua. (1995)
  • Cerpen Perempuan Anggerik (1996)
  • Cerpen Api KL Belum Terpadam (1996)
  • Cerpen Menanti Subuh (1996)
  • Cerpen Surat Untuk Gabe 1 (1997)
  • Cerpen Cinta Gendang Kasturi (1998),
  • Cerpen Bulan dan Wira (1999)
  • Puisi Sesudah Hujan Dahlia (1999)
  • Cerpen Irisan-irisan Mimpi (2000)
  • Cerpen Syahid Raja Api (2000).
  • Cerpen Perempuan Anggerik (96/97).
  • Cerpen Cahaya Pada Jiwa (2001)
  • Cerpen Kerana Manisnya Epal
  • Cerpen mini Sehari Dalam Perang (1997)
  • Cerpen mini Safari Gilgit (1997)
  • Kumpulan Cerpen Kekasih Sam Po Bo terbitan Aberdeen World (2006)
  • Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000)
  • Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000)
  • 1515 oleh Utusan Publications and Distributor (2003)
  • Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications
  • Rahsia Ummi diterbitkan oleh Zebra Publications 2003
  • Tunggu Teduh Dulu disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008)
  • 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004)
  • Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004)
  • Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004)
  • Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005)
  • Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan Publications and Distributor (2007)
  • Bedar Sukma Bisu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (2007)
  • Manikam Kalbu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (2007)
  • Tuhan Manusia oleh Ameen Publishing (2007)
  • Novel kanak-kanak Nama Beta Sultan Alauddin (2007) terbitan Aberdeen World
  • Novel bersiri Perempuan di Wajah Langit Pagi di majalah Milenia Muslim (sejak Mac 2007 dan masih disirikan)
  • Detektif Indigo Kembali (2008) terbitan Ameen Publishing
  • Ikan Fugu, Lukisan dan Jimson. Ketupat Cinta di Harian Metro (sejak 13 Januari 2008-5 Ogos 2008) dan sedang diusahakan penerbitannya
  • Saasatul Ibaad terbitan Aberdeen World (2008)
  • Rintih Chicago (memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1996/97)
  • Angin Madinah (memenangi Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran Yayasan Pelajaran Islam Malaysia-DBP dan memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001)
  • MISI (1999-2000) telah ditaja oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk di bawa mengelilingi Malaysia, ia dipentaskan di Kota Kinabalu, Kuching dan Pulau Pinang
  • TiVi ia adaptasi dari novelet Sasterawan Negara Shahnon Ahmad dan diarahkan sendiri dalam tahun 2003 dan didanai di bawah program Teater Kecil oleh bahagian Sastera Kebangsaan Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Monsopiad dan lain-lain Cerita dipentaskan pada 5-7 Disember 2003 di Esplanade Singapura, didanai oleh National Art Council of Singapore
  • Bila Tuhan Berbicara (2007) terbitan Ameen Publishing
  • Karbala (2008) terbitan Aberdeen World
  • 2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun dipentaskan pada 25-29 Ogos 2008 di Auditorium Akademi Pengajian Islam UM
  • Panduan penulisan kreatif tulisan beliau ialah 'Karya Nan Indah' (Ameen Publishing 2007)

Pencapaian

  1. Drama Rintih Chicago (memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1996/97),
  2. Drama Angin Madinah (memenangi Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran Yayasan Pelajaran Islam Malaysia dan DBP)
  3. Drama MISI yang dikerjakan bersama pengarah muda terkenal Nam Ron.
  4. Novel Cinta Hari-hari Rusuhan (Creative Enterprise 2000)
  5. Perempuan Politikus Melayu (Penerbitan Pemuda 2000).
  6. Novel Jendela Berlangsir Hujan disirikan dalam majalah EH!
  7. Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Public Bank 1994
  8. Hadiah Sastera Siswa DBP-Bank Rakyat 994
  9. Hadiah Sastera Utusan 1995
  10. Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Public Bank 1996
  11. Hadiah Sastera Perdana Malaysia untuk cerpen beliau, Perempuan Anggerik (1996)
  12. Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran BAHEIS kelapan 1998
  13. Hadiah Sastera Karya 1997
  14. Hadiah Sastera Utusan Malaysia untuk cerpen beliau, Cinta Gendang Kasturi (1998)
  15. Hadiah Sastera Perdana Malaysia 96/97
  16. Hadiah Sastera Berunsur Islam 2001
  17. Tempat Pertama Hadiah Sastera Utusan (Kategori Remaja) untuk novel beliau, 1515 (2002)
  18. Tempat Pertama Hadiah Sastera Utusan (Kateori Remaja) 1511H: Kombat (2003)
  19. Tempat Pertama Hadiah Sastera Utusan (Kateori Remaja)Advencer Si Peniup Ney (2004)

Pandangan Pakar

"Tidak syak lagi, sejauh ini, suaranya, suara 'menentang' yang cuba mencari kewarasan setiap peristiwa yang sedang berlaku di seputarnya". SN Datuk A Samad Said, Dewan Sastera November 2002.

"One particular young writer I am really impressed with is Faisal Tehrani. I see a lot of potential in him. " Dr Lim Swee Tin, The Sun, 3 Januari 2008.

"A rising star in the literature scene. This novelist has won prizes and awards, including the prestigious Anugerah Seni Negara in 2006. His kind critics predict this talented writer, whose real name is Mohd Faizal Musa, is a national laureate in the making." The Sun, 31Julai 2008.

"Faisal Tehrani dengan mutu karya tidak boleh dipersoalkan, seiring dengan kepelbagaian genre diceburi daripada cerpen, novel, drama dan esei, di samping teknik penulisan membanggakan sehingga mampu menarik perhatian pengkaji. Malahan, sesetengah novel garapannya yang menerapkan unsur sejarah dan futuristik sains seperti Detektif Indigo, 1511 Hijrah Kombat, Ikan Fugu, Lukisan dan Jimson serta Manikam Kalbu, turut menambat perhatian remaja termasuk kelompok pembaca yang masih di sekolah menengah." Berita Harian, 18 Jun 2009.

Thursday, July 29, 2010

bas untuk wanita


Tiada lelaki boleh masuk dan menaiki bas untuk wanita di Iran, melainkan kanak-kanak ditemani penjaganya. Selamat. Wanita terpelihara. Tak kena raba. Tak perlu tersepit di celah ketiak lelaki. Tak perlu meloloskan diri dan melagakan anggota badan dengan lelaki asing. Malah pemandunya pun perempuan bukan lelaki. Cadangan untuk RapidKL jika serius memberi 'kelebihan dan keselamatan' untuk wanita maka contohilah Iran.

Itu belum lagi dikira teksi untuk wanita sahaja di Iran. Jadi wanita mereka tak perlu berasa takut mengambil teksi untuk pulang atau ke mana-mana pada waktu malam. Hati mereka tak berdebar. Hati orang lelaki selaku suami atau ayah pun tak bimbang.

Argh, memang sesat syiah Iran ini. Mereka benar-benar ikut ajaran Nabi!

Dara dan Sara



Iran amat menjaga budayanya. Anak patung Barbie dan Ken yang membanjiri negara Islam dan menjadi permainan kanak-kanak muslim selama ini memang merupakan satu produk budaya. Mana tidaknya, Barbie yang dijual siap dengan bikini sekali! Jadi anak-anak kita menyangkakan diri mereka adalah Barbie kecil. Dan perlahan-lahan ia meresap dalam dada. Bila saat mengenakan hijab menjadi wajib, anak-anak kita mula menunjukkan potensinya menjadi 'penentang senyap'.

Maka Iran memperkenalkan Dara dan Sara dalam tahun 2008. Ada ciri etnik. Ada suntikan patriotisme dan nasionalisme.

Negara Timur Tengah (yang lain) pernah memperkenalkan Fulla untuk mengimbangi Barbie. Ia juga mendapat sambutan hangat. * Malangnya, produksi mainan ini masih bergantung dengan China (dibuat di China).

Dara dan Sara, adalah 'asli Iran' (lihat sini). Uh sesat syiah Iran ini, Barbie pun mereka tolak dan gantikan dengan ikon permainan anak-anak sendiri!

sumber