Monday, February 16, 2015

sepotong kek dipasar malam - part 1

ahh! lambat pulak aku sampai rumah arini! sambil tgk jam yg dah hampir pukul 2.30 ptg.
"ni mesti budak skola jalan reko buat hal nih..!" 
aku bjalan menuju ke pintu rumah yg tertutup namun kedengaran bunyi tv di ruang tamu. 

"assalamualaikum.."

aku bagi salam dengan harapan ada la org jawap. senyap je tapi bunyi tv ada. 
mesti tgh tido nih. aku terus je bukak pintu yg sememangnya aku tau tak berkunci. nampak mama tgh baring depan tv. penat betul keje nampaknya. 
"ma! dah kul 2.30 ni tak keje ke??" 
mama tersentak dengan teguran aku bingkas bangun dan terus meluru ke bilik air. aku pun berlalu terus ke bilik aku.

"lambat kau balik arini? " soklan pertama mama lepas kuar dari bilik air. 
taktau bas lambat kenapa ntah."
jawap aku selambe. 
"arini kau pegi niaga ke? mama sambung bertanya lagi. 
pegi! kul 4 gerak. arini niaga kat fasa 4.." 
hurm okey hati2. " mama tamatkn perbualan depan bilik air dan terus meluru ke klinik di sebelah rumah.. untung betul tmpt kerja sebelah rumah je.
aku mgambil langkah dengan mandi dan terus mkn. berharap dlm masa sejam aku mampu setelkan semua. sebab pukul 4 dah nak pegi niaga.
dah dekat sebulan lebih aku ikut abg zam niaga bege dipasa malam.walaupun pada mula nya mama ngan abah tak bagi tapi aku berkeras jugak tuk bekerja dgn alasan form 4 takde exam yg besa so bleh amek masa skit tuk bekerja. walaupun aku rasa aku xdela perlukan sgt duit masa tu sbb masih bsekolah tapi aku nak juga kerja sbg alasan aku boleh kuar rumah dan disamping itu berduit. berniaga bege dipasa malam bukan lah spt niaga bege di stall2 tepi jalan tuh. niaga bege dipasa malam adalah 10 kali ganda dari niaga bege di stall2 tepi jalan tu sbb khemah niaga je dah sebesar sebuah lori 3 tan. pekerja juga bukan sorg w je malah sampai 4 org sekali dalam satu2 masa. sekaligus jualan bege tuk satu malam lebih dari 100 biji bege! satu jumlah yg besa bagi sebuah stall bege tuk buat.tapi dipasa malam ia hal kecik. kekadang penah sampai 500 bijik bege terjual dlm satu malam.dan dah tentu bege tu lebih murah sedikit dari bege2 stall. tapi ia tetap beri untung yg besar tuk peniaga bege dipasa malam. berbekalkan gaji rm20 sehari makan minum ditanggung dan dpt extra rm10 kalau dpt jual lebih 400 biji itu dah cukup mewah bagi budak 16 tahun macam aku. senang2 aku boleh dpt 800 sebulan. dibayar plak 2 minggu skali.joli katak jugakla aku memule dpt gaji tuh. 

jam dah tepat pukul 4 dan aku masih lagi bersiap. dari membetulkan rambut sampailah memakai stokin dan kasut.dan aku masih sempat ketuk klinik mama dan bersalam mengambil berkat. 2 minit kemudian abg zam pun sampai. van putih yg berbau minyak masak dan sempit ni takkan aku lupe sampai bila2. perjalanan ke tmpt niaga biasa nya tak mgambil
masa yg lama dan ia selalunya di selang dgn gelak tawa abg zam yg seronok bsembang dgn ayim. 
ayim sorg bdk yg bawah umo aku setahun,sudah tak bersekolah. akibat kerna kesusahan family dia. die nekad tuk bkerja dan bantu keluarga dia.
abg zam pula sorg kakitangan kerajaan bkhidmat disalah sebuah universiti terkemuka di bangi. niaga bege ni adalah part time dia.sudah berkahwin dan mempunyai sorg anak perempuan.

suasana pasa time tu agak suram mungkin sebab org tak berapa ramai lagi.tapi yg menjadi tarikan aku time tu adalah kehadiran seorang gadis yg berniaga kek didepan tapak aku niaga. sebelum2 ni tak pernah nampak pun tapi hari ni ada pulak. gadis hitam manis bertudung dan berkaca mata tu betul betul buatkan aku leka sebentar melihat gelagat beliau. walaupun jarak antara kami dlm 10 meter gitu namun aku dapat dengar jelas suara beliau dan gelak tawa yg keluar dari mulut gadis tu. hati aku dah tak keruan tuk membuat kerja dek kerana gadis kek tu sentiasa berada di depan mata. sehingga kan aku rasa beliau dpt merasakan yg aku asyik memerhatikan dia. sesekali dia juga turut menjeling kearah aku dan aku cepat2 mengalihkn pandangan ke tmpt lain risau2 kalau dia perasan yg dia sedang diperhatikan.
begitu jugala sehingga abis bniaga aku hanya mampu memandang tanpa berbuat apa2 dan ia berlarutan sehingga berminggu2 lamanya sehinggalah.. 

pada satu hari niaga yg biasa2 je. org yg membeli pun agak kurang malam tu. banyakla jugak bege yg lebih. abg zam menyuruh aku bagi bege yg lebih tu pada org2 niaga yg sebelah2 tapak kitaorg niaga ni. tibe tiba aku mcm tsentak dan seperti mendapat sesuatu yg sepatutnya aku buat dari dulu.aku dpt idea tum bagi bege lebih ni pada gadis tu. aku kire bege yg lebih ada 5 biji. pakcik yg niaga sebelah ni ada 3 org so ada balance 2 lagi.ckupla tuk dia n adik dia yg selalu ikut dia bniaga. 
dengan perasaan takot malu segan nak mampus aku beranikan diri tuk pegi ke gerai dia. 5 langkah yg aku buat time tu adalah langkah yg telah mengubah sedikit hidup aku time tu. 
aku benti betul2 depan meja gerai dia. aku tgk die tgh nak kemas2 brg kat blakang. so aku memulakan kata 2 dgn memberi salam dan disambut oleh adik beliau. namun beliau juga turut perasan dan meluru menuju ke meja sambil senyum dia juga menjawap salam.

"kumsalam..ye bang nak beli kek ke?" 
die menyambung salam tadi dgn soklan yg buat aku jadi kelam kabut. dalam keadaan malu dan takot aku jawap 
"eh! tak bukan nak beli kek cuma nak bagi bege ni. ada lebeh so kitaorg sedekah la. harap sudi terima.." aku hulur bungkusan bege tu dan dia myambut dengan senyuman yg ckup indah. 
"terima kasih bang.." itu je balasan dia dan dia terus berlalu kenelakang dan aku pun terus berlalu pergi.time tu perasaan lega dlm hati aku tuhan je yg tau. itulah conversation pertama aku dgn dia.

aku ingat habis sahaja setakat itu namun tidak. dalam sibuk2 aku mengemas barang niaga tetiba aku dengar ada org panggil dari belakang. 

"bang! bang! aku menoleh. aku lihat adik beliau betul2 depan aku sambil memegang bekas kek. terkedu kejap dan juga tertanya tanya. 

"nahh! ni akak suruh bagi.. " adik dia myambung lagi sambil menghulur bungkusan kek tu kpd aku. aku menjawap terima kasih dan dia berlalu pergi kpd aka dia dan aku menoleh kearah beliau dan satu lemparan senyuman yg cukup manis hampir2 menumbangkan aku malam tu. aku membelek bungkusan kek tu dan tertulis perkataan "thank!" atas kotak kek tuh. rasa mcm tak sanggup pulak nak mkn kek nih!! namun aku buat buat cool dgn hanya membalas senyuman beliau dan kembali buat kerja. apa yg pasti
malam tu mmg malam yg amat mengujakan. tak lena tido aku dibuatnya dek kerana sepotong kek yg aku simpan hampir seminggu. yg akhirnya ditelan oleh mak aku. aku redha dan ia bukanla pematah semangat aku tuk terus mengenali gadis kek itu.
dek kerana sepotong kek tu la bermula nya sebuah drama cinta yang siapa sangka akan jadi sebuah sejarah dalam hidup aku. mungkin perit tuk ditelan tapi indah tuk dikenang.



No comments: