Wednesday, February 18, 2015

sepotong kek di pasar malam - part 2

macam biasa arini aku bangun lambat lagi. tengok jam dah pukul 10 pagi. gosok gosok mata terus ke dapur capai cawan dan minum segelas air. sunyi rumah pagi nih.. takkan tak bangun lagi? mentang2 arini cuti. aku terfikir. sambil ambil masa tuk habiskn segelas air aku ambil
masa beberapa saat tu tuk menggelamun sebentar. apa yang terjadi malam tadi benar benar membuatkan aku tak tido dengan lena.tak sangaja malam tadi adalah perbualan pertama antara aku dgn dia yang paling lama, dan tak sangka ia jadi sangat menyeronokkan. berjam jam cakap pun tak bosan. mungkin itulah yang orang katakan dilamun cinta.

ptg tu aku start niaga macam biasa. selesai je setup brg niaga aku duduk dan cube memerhatikan sekeliling.kelibat dia aku masih tak nampak tapi kereta honda yg dia bawak pegi niaga aku dah nampak park kat blakang khemah. adik dia pun aku nampak sibuk menyusun kek sorg diri di bawah payung niaga tu.dah  mula timbul sedikit kekecewaan kat dalam diri aku.mungkin dia tak sihat agaknya sebab tu tak dtg niaga.aku cube tuk sedapkan hati sendiri. tgh dok aku leka membalik balikkan daging bege atas kuali ni tetibe aku ternampak susuk tubuh lalu depan aku. dalam jarak yg kurang dari 2 meter jelas aku nampak wajah ayu yang aku nanti dari tadi, rasa macam nak melompat keriangan kat situ jugak tapi aku perlu behave kan diri aku. jangan nampak gelojoh sgt orang kata.mata ekor aku terus terus memandang sampailah dia tiba di khemah niaga dia. die duduk lantas sempat menjeling kearah aku. aku terus melemparkan sebuah senyuman paling manis yang aku pernah lemparkan setakat ini.

dan

dia membalas senyuman aku.. fuhhh! rasa macam terkena panahan asmara yg cukup tajam menusuk dihati. secara automatik mood aku yg agak suram tadi kembali ceria.tersengih aku sorg bila mengelamun sehingga ditegur oleh ayim yg dari tadi memerhatikan aku.dalam kepala otak aku sibuk memikirkan apa langkah2 seterusnya yang aku perlu ambil tuk mengenali dia lebih dekat.

so bila aku tgk keadaan agak lengang je aku pun mempersiapkan diri membetulkan apa apa yang patut. sisipkan rambut biar rapi. kemaskan baju seluar dan kasut. betulkan apron supaya tak nampak comot. bila semua dah ready..
"bang..saya nak g carik mkn la. lapa plak! aku memberi alasan pada abg zam tuk keluar.
"pergilah tapi jgn lama sgt abg solat jap g.."abg zam membalas. aku membuat tanda orait sambil berlalu pergi menyusuri psar malam yg masih tak berapa nak malam lagik.

aku cube ambil masa tuk cari semangat tuk menegur dia. aku tawaf dulu satu pasa dari hujung ke hujung satu lagi denganharapan ia boleh hilangkn perasaan gugup aku. kalau nak di ikutkn ia bukan lah susah sangat cuma perasaan lain mcm tu menguasai lebih. aku tetapkan jugak target aku tuk tegur dia hari ni. aku terus berjalan menuju ke gerai dia yg hanya selang beberapa meter je dari laluan aku. tak dapat aku bayangkn betapa takotnya aku time tu.bila aku betul betul berada di depan gerai dia. dia agak terkejut dengan kehadiran aku. die hanya lemparkn senyuman yg sentiasa cairkan hati dan perasaan aku. bertambahlah aku takot tuk mulakan bicara bila dia seperti menunggu aku memulakan bicara.

"hai! aku memulakan bicara dgn selamber. die masih senyum lagi dan kini seperti bersedia tuk menjawap sapaan aku tadi.
"hi..yer? nak beli kek ke? " nampaknya die lebih lancar memulakan bicara. aku masih lagi tersipu sipu malu dan memikirkan ayat seterusnya.
"errr.. mana satu kek yang bagi aritu eyh? " aku memulakan bicara dengan suara yang tersekat sekat.
"sedaplah kek aritu.ada lagi ke? " aku sambung perbualan sambil melihat2 kek kek yg banyak diatas meja. sambil menanti jawapan dari dia.
"owh! kek yang bagi aritu dah abis lah. kek lain taknak? " jawapan dia yg buat aku sedikit kecewa. namun bukan kecewa sebab kek tu takde tapi kecewa takde ayat lagi aku nak sambung perbualan. aku buat muka sedikit sedih atas jawapan yang dia beri dengan harapan dia akan perasan keinginan aku yg berharap sgt nak mkn kek tuh. hmmmm..
"kek yang ni taknak? sedap jugak tau.. saya sendiri yang buat!"
dia cube tuk winback situation aku. aku cube membelek2 kek yang dia offer kat aku. nampak dari luar macam sedap tapi bukan itu yang aku kesahkan sekarang.yang aku risaukan sekarang ni adalah bagaimana aku nak meneruskan lagi perbualan ni.
"owh. yeke awak yang buat? "aku lemparkan sedikit senyuman bagi mengembalikan kerisauan dia akibat kek yg habis tadi.
"mana lagi kek yang awak buat? mesti kek yang awak buat semua sedap sedap ni." aku cube bagi ayat manis yang tak berapa nak manis macam kek dia ni.
"hmm.. semua kek ni saya yang buat kecuali coklat yg hujung tu adik yang buat." sambil gelak kecil die menunjukkan kek coklat yg dibuat adik dia. ahh! aku mati akal lagi nak sembang apa. ingat nak kenakan dia sekali aku yang kena balik.
"kalau macam tu saya kena beli semualah nampaknya..!" aku cube buat kelakar..lagi.dan kali ni aku berjaya buat dia gelak.tenangnya rasa hati time tuh tgk gelak tawa dia. nak je aku bungkus balik gelak tu simpan kat rumah.namun apakan daya...
"apa kata awak try kek nih. yang ni yang paling sedap saya rasa.banyak dah saya makan.huhu!"
sambil menunjuk kan kek cream yg disaluti coklat rice tu. aku belum pun beri keputusan sama ada nak atau pun tidak dia dah memotong kek tu dan dimasukkan kedalam bekas. aku hanya lihat saja tingkah laku dia sampai dia siap membungkus kek tu dan dia hulur kepada aku.
"nah! awak mesti tak nyesal punya beli kek nih. minggu depan saya janji saya bawak kek yang awak nak tu okey!" die cube tuk mengambil hati aku semula.aku menyambut bungkusan yang dia hulur sambil menjawap "ehh. takpela pasal kek tu lain kali ada.kalau ada buat simpankan saya sepotong tau!" "okey janji!" balasan beliau dan aku pun berlalu pergi.
dalam hati tuhan je yang tahu betapa leganya hati aku time tu. perbualan yang pertama antara aku dengan dia berjalan dengan baik sekali.tak sangka beliau tak sombong dan aku dapat rasakan dia rasa benda yang sama dengan aku.namun aku tak sepatutnya menaruh harapan yg tinggi tuk dapat dia. tapi bagi aku aku ajkan cube dapatkn dia jugak. susahnya orang yang angau ni.
sedang aku mengelamun sambil makan kek yang aku beli dari dia tadi. tetiba aku nampak dia macam memanggil2 aku dari jauh. aku cube memandang dengan lebih jelas dan betul.die sedang melambai2 kepada aku.aku jadi tak keruan kejap. betul ke dia lambai ke aku nih? aku terpikir lagi. dengan muka terkejut aku buat buat tunjuk diri aku. dan dia mengangguk kepala tanda ya. aku jadi makin tak senang duduk. lain macam pula berinteraksi menggunakan bahasa isyarat. walaupun jarak antara kami hanyalah kurang dari 10 meter mengadap antara satu sama lain tapi aku nampak jelas segala isyarat yang dia cube sampaikan.selain buat isyarat dia juga cube berkata2 dengan harapan aku pham apa yg dia cube sampaikan.
"sedap?" itu yang aku pham dari gerakan mulut yg dia lakukan. aku hanya membuat thumb up tanda membalas pertanyaan dia.sambil itu juga mengunyah kek tadi. dan die membalas dengan sebuah senyuman yg ckup manis. semanis kek yang dia buat ni. dan aku terus kenyang.aku cube menyambung perbualan jarak jauh tanpa suara tadi dengan bertanyakan soklan pula. " nak bege?" sambil menunjuk arah kuali dan daging bege yang sedang aku masak ni.die anggukkan kepala dan membuat isyarat 2 jari. sambil tu mulut die cube memberitahu sesuatu. "daging..." itu yang aku pham dari percakapan dia. aku hanya membuat tanda orait dan terus sambung goreng bege. dalam masa sama aku siapkan dua biji bege yang dia nak tadi. setelah siap aku buat isyarat tanda bege dia da siap sambil mengangkat plastik bungkusan bege dia dgn harapan dia suruh aku anta kat dia. tapi die buat isyarat lain. mungkin dia tgh bz agaknya so aku biarkan dulu.aku pun ada keje tgh buat dan perlu setelkan. kalo kejap lagi aku free aku anta la ke gerai dia.pikir aku. 
tengah2 aku sibuk membungkus bege tetiba terpacul sahaja dia depan aku sambil tersengih2. aku buat buat tkejut supaya nampak macam drama sikit. seakan akan aku tak nampak kehadiran dia. walhal aku dah perasan dah dia bangun tadi dah berjalan ke arah aku.
"mana bege saya? " die memulakan perbualan dgn pertanyaan. aku buat2 cari bungkusan bege dia tadi sambil tu memandang kearah dia. 
"susah betul bcakap guna bahasa isyarat ni kan. nasib saya paham. " lagi skali aku cube buat kelakar. tapi kali ni aku sediakn skali dengan satu pikapline.aku sambung lagi jawapan aku tadi. 
"kan senang kalau ada nombor phone awak.boleh saya mesej je tanya nak oder pape. tak payah guna bahasa isyarat bagai." aku cuba bagi hint. 
namun dia hanya senyum dan menyambut bungkusan bege yg aku bagi tu dan bertanya berapa harga bege tu. aku membalas "takpe saya belanja. amek je" die hanya senyum dan mengucapkan terima kasih lalu berlaku pergi tanpa menjawap pape pun bkenaan soalan aku tadi. 

aku kecewa.. rasa malu dengan dia ckup tebal.mesti lepas ni dia taknak layan aku lagi. macam cepat sgt plak aku mintak nombor phone dia.rasa menyesal sangat2 time tuh.tapi apa boleh buat aku dah bgtau dia. terima jela apa pun yang terjadi.aku tak berani nak tunjuk muka kat dia. rasa malu sangat2. aku cube bzkn diri aku dgn buat pape kerja. asalkan aku tak pandang dia. tiba tiba ayim menepuk bahu aku dari belakang.

"weh.. awek kek panggil kau.!" 

No comments: