Thursday, July 22, 2010

puerto rico


Puerto Rico, secara rasmi digelar Komanwel Puerto Rico (bahasa Sepanyol: "Estado Libre Asociado de Puerto Rico"), ialah sebuah kepulauan yang terletak di Caribbean timur laut di antara Republik Dominican di sebelah timur dan Kepulauan Virgin di sebelah barat, hampir 1,280 batu (2,000 km) dari pinggir laut Florida (tanah besar Amerika Syarikat yang paling dekat). Kepulauan ini merangkumi pulau utama Puerto Rico (daratan yang paling kecil, tetapi yang ketiga terbesar dari segi jumlah penduduk Greater Antilles). Greater Antilles pula terdiri daripada Cuba, Hispanola, Jamaica, Puerto Rico dan sebilangan pulau yang lebih kecil, termasuk juga sebilangan kai, dengan yang paling besar merupakan Mona, Vieques, dan Culebra.

Penduduk-penduduk Puerto Rico kekadang merujuk kepada pulau mereka sebagai Borikén, atau kelainan Sepanyolnya, Borinquen, iaitu nama yang digunakan oleh orang asli Taíno. Boricua, istilah terkini, berasal daripada nama Taíno bagi pulau ini dan biasanya dipergunakan untuk memperkenalkan diri sebagai orang Puerto Rico. Status politik Puerto Rico ialah Komanwel Amerika Syarikat,[1] sebuah wilayah teratur tak diperbadankan, dengan status politik [2][3] yang "memperuntukkan pemerintahan sendiri terhadap hal ehwal dan pentadbiran dalam negeri, tertakluk kepada bahagian-bahagian Perlembagaan dan undang-undang Amerika Syarikat.[4] Rakyatnya adalah warganegara Amerika Syarikat. Puerto Rico mengamalkan bentuk kerajaan republik [1] dan tertakluk kepada bidang kuasa dan kedaulatan Amerika Syarikat.[5][6][2]

Sifat perhubungan politik Puerto Rico dengan Amerika Syarikat kini merupakan tajuk perdebatan yang sedang berlangsung di Kongres Amerika Syarikat serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[7][8] Menurut laporan Pasukan Petugas,[9] Puerto Rico ialah wilayah teratur tak diperbadankan yang dimiliki oleh Amerika Syarikat, tertakluk kepada kuasa-kuasa perhimpunan pleno Kongres Amerika Syarikat dan dengan hak untuk mengasaskan sebuah perlembagaan untuk pentadbiran kerajaan dalam negeri serta perkara-perkara yang benar-benar bersifat tempatan.


Cogan kata: Bahasa Latin: Joannes Est Nomen Eius;
Bahasa Sepanyol: Juan es su nombre
Lagu: La Borinqueña
Lokasi Puerto Rico
Ibu negara
(dan bandar raya terbesar)
San Juan
Bahasa rasmi Bahasa Sepanyol and Bahasa Inggeris
Kerajaan Komanwel
- Gabenor Aníbal Acevedo Vilá
Kemerdekaan Tiada (A.S. wilayah dengan status Komanwel
- Air (%) 1.6
Penduduk
- Anggaran Julai 2005 3,912,055 (126)
- Banci 2005 3,913,054
KDNK (PPP) Anggaran 2005
- Jumlah $72.37 billion (68)
- Per kapita $18,500 (N/A)
Mata wang Dolar Amerika Syarikat (USD)
Zon waktu AST (UTC-4)
- Musim panas (DST) Tiada DST (UTC-4)
Internet TLD .pr; .us
Kod panggilan 1-787 dan +1-939



No comments: